Saturday 16 September 2023

Jalan-jalan di Kuala Lipis

 ~ Mom's Journal ~

Hampir 50 tahun kami meninggalkan bandar kecil Kuala Lipis. Sewaktu kami membesar pada tahun 1960-an dan 1970-an, bandar ini belum cukup besar untuk memerlukan lampu isyarat di jalan. Kenderaan tidak banyak pada masa itu.

Masa itu di Bandar Lama Lipis terdapat deretan kedai, pasar besar, pejabat pos, stesen keretapi, stesen bas dan teksi dan sebuah pawagam. Di hujung jalan selepas deretan kedai itu terdapat sebuah Balai Polis dan Balai Bomba (kedua-dua balai tersebut kini telah dipindahkan ke lokasi yang baharu). Terdapat juga sebuah Masjid lama yang dibina ditebing Sungai Jelai pada tahun 1888. Jika kita memandang keatas pada deretan kedai-kedai Bandar Lama Lipis, akan kelihatan tarikh bangunan tersebut dibina iaitu 1920-an. Selepas tahun 2000, apabila kami pulang dan melihat tempat kami dilahirkan, landskap sudah berubah, dan ia sudah semestinya.

Baru-baru ini kami pulang ke Kuala Lipis melalui Central Spine Road. Ini bermakna kami tidak lagi berpeluang untuk berhenti di bandar-bandar seperti Bentong, Raub dan Benta. Kalau dahulunya, kami akan berhenti di Bentong untuk berehat dan mengopi. Ada kalanya kami berhenti di Rumah Rehat Raub untuk mengeteh sambil melihat gambar-gambar lama yang tergantung di dindingnya. Di Benta pula, kalau melalui Jambatan Benta, kita akan dapat melihat air sungai yang deras dan dalam.


Gambar-gambar berikut mungkin kurang jelas kerana diambil dari dalam kereta untuk melihat sekilas pandang. Ada juga diambil sewaktu kami turun dari kereta untuk melihat dan cuba mengingati kawasan persekitaran yang wujud ketika kami masih kecil.


Perjalanan bermula.


 Dari Kuala Lumpur ke Kuala Lipis melalui Central Spine Road.


Menghampiri bandar Benta, tetapi tidak memasuki bandar Benta. Sebaliknya kami terus ke bulatan di hadapan yang menunjukkan arah ke Kuala Lipis.


 20km lagi untuk sampai ke Kuala Lipis.


Akhirnya tiba di Kuala Lipis, kelihatan Balai Bomba Lipis.


Seterusnya menuju ke bandar Lipis. Agak terkejut kerana pandangan kini tidak terarah ke bangunan di atas bukit sahaja, tetapi juga kepada papan iklan Dataran Sejarah Kuala Lipis yang dipasang di kaki bukit. Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis atau 'Pejabat Daerah dan Tanah Lipis' yang dibina pada tahun 1919 itu dahulunya jelas kelihatan dari jauh lagi, seolah-olah ianya adalah mercu tanda apabila memasuki bandar Lipis.


Jika kita melihat kepada kereta putih yang menghala ke jalan naik ke Pejabat Daerah dan Tanah Lipis yang lama itu, di sebelah jalan tersebut ialah jalan ke Clifford School. Dahulunya terdapat sebuah kedai kecil di tepi jalan tersebut. Kami panggil kedai itu “Kedai Dekat”, kini kedai itu sudah tiada.



Kami berhenti dan parkirkan kereta di sini. Pada tahun 1960-an ini adalah Pejabat Majlis Bandaran, kini bertukar menjadi Food Court De Residen.


Di sebelah Food Court terdapat tangga untuk naik ke Pejabat Daerah dan Tanah Lipis yang lama, nampaknya dalam proses pembaikpulihan.


Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di lampu isyarat menuju ke Bandar Lama Lipis dan Bandar Baru Lipis, kelihatan bangunan kedai di bina di lokasi yang dahulunya adalah Paradise Theatre.


Di lampu isyarat, kami belok ke kanan menuju ke Hospital Kuala Lipis.


 Hospital Kuala Lipis

Selepas melalui Hospital Kuala Lipis, akan sampai ke Pahang Club.


 Parkir kereta di hadapan Pahang Club.  Pahang Club dibina pada tahun 1907.

Keadaan Pahang Club kini sudah tidak kukuh. Pelancong tidak lagi dibenarkan untuk masuk ke dalam Club. Oleh itu kami berjalan-jalan mengambil gambar tumbuhan di sekelilingnya.





Disisir keluar jalan kelihatan Clifford School.

Seterusnya kami keluar ke jalan menghala ke Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis, kemudian melalui kawasan perumahan di Sungai Kerpan, hinggalah tiba ke Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim.



Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis

Anak sulung saya kata dia masih ingat, semasa dia masih kecil dia ikut pergi ke masjid ini untuk Solat Hari Raya. Tetapi yang paling dia ingat ialah dia termuntah semasa bersolat sebab terlebih makan pada pagi Hari Raya tersebut.



Ini adalah bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim bagi menampung pertambahan pelajar. Bangunan sekolah yang asal dan masih digunakan terletak di atas bukit.



Kemudian kami melalui Jalan Tok Kaya Sentul, dahulunya Worthington Road (1960-an), kelihatan Kuarters Kakitangan Kerajaan yang masih elok terpelihara dan didiami.


Dari Jalan Tok Kaya Sentul kami pusing balik menuju ke Bandar Lipis.



Ibu Pejabat Polis (Foto dari Facebook Balai Polis Lipis).


Seingat saya lokasi yang di bina Ibu Pejabat Polis ini dahulunya adalah tanah lapang dan di kawasan ini juga ada stor JKR, Christian cemetery dan di seberang jalannya pula kawasan rumah Tun Ghazali Shafie.



Kini, di seberang jalan Ibu Pejabat Polis sudah terdapat Pusat Perniagaan Bukit Residen (PPBR), tempat yang tidak pernah kami lawati sebelum ini.




Selain dari jalan masuk bertentangan dengan Ibu Pejabat Polis, kita boleh juga pergi ke Pusat Perniagaan Bukit Residen melalui jalan yang terletak dihadapan Food Court De Residen. Pada tahun 1960-an, jika memandu dan ikut jalan ke kiri, kita akan naik ke kawasan perumahan Bukit Residen, ke kanan pula ialah jalan menuju ke Rest House Bukit Residen.


Memandu melalui jalan yang berliku untuk sampai ke Rest House Bukit Residen.



Rest House juga memerlukan pembaikpulihan. Jika ingin melihat gambar Rest House yang berada dalam keadaan baik, bolehlah membuat carian di internet.


Di laman Rest House terdapat maklumat berkaitan dengan sejarah Rest House.



Kelihatan Pusat Perniagaan Bukit Residen ketika memandu turun dari Rest House.



Pemandangan dari Pusat Perniagaan Bukit Residen, kelihatan Rest House Bukit Residen di atas bukit.


Setelah habis pusing-pusing Kuala Lipis maka tibalah masa untuk balik ke Kuala Lumpur.



Sebenarnya dalam perjalanan yang singkat itu, ada juga rasa terkilan kerana tidak langsung kelihatan kawasan perumahan kakitangan kerajaan di Bukit Residen; iaitu rumah yang kami diami semasa kecil dahulu.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga melihat perubahan yang berlaku kepada kawasan rumah yang pernah kami diami. Terima kasih kepada Google Maps kerana mengambil gambar-gambar pembangunan ini:  



Gambar ini pada tahun 2014, kelihatan proses meratakan kawasan perumahan Bukit Residen.  


Rumah yang kami diami pada tahun 1960-an di alamat No. 91, Residency Hill; sudah tiada.


Gambar ini pada tahun 2014. Ini adalah jalan keluar dari kawasan perumahan Bukit Residen menuju ke Pejabat Majlis Bandaran (kini Food Court De Residen) dan ke Bandar Lipis.



Gambar ini pada tahun 2018. Di sebelah kiri gambar, di mana terdapat pagar Tenaga Nasional Berhad, dahulunya di sini adalah tempat kami mencari pucuk paku dan daun-daun ulam. Pada tahun 1960-an, kawasan ini berbentuk “valley like” dan dipenuhi dengan pokok kecil, tumbuhan paku pakis, pokok ulam, daun resam dan yang sewaktu dengannya.


Gambar ini pada tahun 2018. Jika kita melihat kepada kereta hitam yang keluar dari jalan tersebut, dahulunya jalan ini adalah jalan masuk dan keluar ke kawasan perumahan di Bukit Residen dan juga ke Rest House Bukit Residen. Setelah kawasan perumahan Bukit Residen dan kawasan sekitarnya diratakan, kawasan ini sekarang menjadi sebuah Pusat Perniagaan dikenali sebagai Pusat Perniagaan Bukit Residen. Rest House Bukit Residen masih ada.


Melihat kepada pembangunan ini, saya teringat pada tahun 2001 kami pernah menyambut Hari Raya di Kuala Lipis. Pada masa itu terdapat sebuah Taman Rekreasi yang mempunyai buaian, jongkang jongkit dan sebagainya. Di lokasi ini dahulunya terdapat rumah-rumah pegawai kerajaan dan diantaranya ada pegawai yang berkerja di Majlis Bandaran Kuala Lipis, sepelaung sahaja jaraknya dari rumah 😀



Gambar ini diambil pada tahun 2001 di Taman Rekreasi Lipis.


Taman Rekreasi sudah tiada disini lagi. Tidak pasti dipindahkan kemana.


Gambar ini pada tahun 2014. Taman Rekreasi berwajah baru. Tempat bermain buai dan jongkang jongkit sudah tiada, mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak berlari di sini di atas faktor keselamatan kerana ianya terletak bersebelahan dengan jalan besar menuju ke Bandar Lipis. Di dalam gambar ini, katanya ada Perpustakaan Awam, jadi, kalau rajin meng-Goggle, di sebelah kanan gambar ini terdapat Perpustakaan Awam dan Hotel Lipis Plaza.


Gambar ini pula pada tahun 2018. Pusat Perniagaan Bukit Residen sudah siap dibina. Kawasan perumahan kakitangan di Bukit Residen sudah tidak kelihatan lagi.


Bye bye Rumah No.91, tempat kami membesar semasa kami di sekolah rendah. 👋



Sunday 23 July 2023

Life After Covid-19

 ~ Mom's Journal ~

On 18th March 2020, the Covid-19 Movement Control Order (MCO) was enforced in Malaysia. Things started to get better as we followed the National Recovery Plan for the country. For the Selangor state, the recovery plan started on 18th October 2021. Slowly we get back to the life we used to know.

It was a joy for the children to be going back to school and having fun with their friends, like before.

Some are excited to be playing on the school field again.


My granddaughter, Sofea, and her friends stumbled upon a small frog on the field. For the small frog, the peaceful days are over. I smiled reading this status update from my daughter's Facebook post as she waited patiently to pick up her daughter, Sofea.


The coming days certainly feel brighter.