~ Mom's Journal ~
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.
************
Kain Batik 1959
Kain batik tempat mengalas
Kain batik tempat mengalas
Juga sebagai kain basahan,
Harta dan rupa hanya sekilas
Amal yang baik jadi sebutan.
************
Kain Batik (6’ x 3.5’)
Subur tumbuhnya pohon kelapa
Lebat buahnya tidak terhitung,
Besar jasanya ibu dan bapa
Sangat banyaknya tidak terhitung.
************
Kain Batik Lepas (8’ x 3.5’)
Batik lepas baju kebaya
Dipakai anak dara pingitan,
Sama baik lagi sebaya
Tetap kekal dalam ingatan.
************
Kain Pelikat
Pergi mengail ikan haruan
Buat selendang kain pelikat,
Terima kasih tuan dan puan
Doa dipohon semoga berkat.
************
Kain Sampin Songket Terengganu
Kolek ke hulu hingga ke Terengganu
Singgah di Pahang menjeruk maman,
Alangkah indah songket Terengganu
Tenunan asli zaman berzaman.
************
Kain Ihram
Elok langkah kerana pedoman
Elok laku kerana beramal,
Elok manusia kerana beriman
Elok ilmu kerana beramal.
************
Perjalanan
Encik Abu pergi berniaga
Menjual kelapa di bulan puasa,
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih bapa sepanjang masa.
Lagu Warisan oleh Sudirman:
...aku lah penyambung warisan...
No comments:
Post a Comment